Syarat kelayakan untuk mendapat faedah:

Menjadi ahli sekurang-nya 60 bulan. Ahli yang dapat faedah bersara tak boleh dapat faedah kematian.

Faedah-faedah yang ahli dapat:

  1. Faedah kematian ahli-ahli;
  • Apabila seseorang ahli kesatuan ini meninggal dunia, penama atau waris ahli itu sebagaimana yang ditentukan di bawah Peraturan 8 Peraturan Tambahan ini akan dibayar faedah sebanyak RM400.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Ringgit Sahaja).
  • Permohonan untuk faedah kematian ini hendaklah dibuat dengan seberapa segera setelah berlaku kematian seseorang ahli itu dan pembayaran faedah hendaklah dibuat tidak lewat dari satu bulan setelah permohonan diterima.
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan sijil perakuan mati.
  1. Faedah bersara ahli-ahli;
  • Seseorang ahli kesatuan yang berhenti kerja kerana telah mencapai umur bersara sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat-syarat perkhidmatannya akan menerima pembayaran faedah bersara sebanyak RM 400.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Ringgit Sahaja). Kelayakan keahlian menerima faedah ini mesti melebihi 10 tahun menjadi ahli. Bagi keahlian kurang dari 10 tahun dan melebihi 5 tahun semasa bersara, faedah bersara sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja)
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan surat pengesahan mengenai persaraan ahli itu yang dikeluarkan oleh majikannya.
  • Seseorang ahli yang telah menerima faedah bersara tidak layak menerima faedah kematian.
  1. Faedah waktu sakit ahli-ahli;
  • Seseorang ahli kesatuan yang sakit selain dari sebab keguguran kandungan dan bersalin, dan ianya dirawat di dalam wad mana-mana hospital kerajaan atau swasta akan dibayar faedah sebanyak RM 20 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja) bagi setiap malam ianya dirawat dalam wad berkenaan. Had pembayaran faedah ialah tidak melebihi dari RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) dalam satu tahun bagi seseorang ahli.
  • Sumbangan Sakit : RM 400 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Ringgit Sahaja) Seseorang ahli kesatuan layak mendapat faedah ini sebanyak sekali sahaja jika ahli tersebut menghidapi sakit kronik seperti kanser, sakit hati(liver) yang kronik, tumor dan cacat pembuluh darah di otak, melepuh dan melecur kerana kebakaran dan pemindahan organ utama.
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan dokumen pengesahan keluar masuk wad oleh hospital yang berkenaan.
  1. Faedah pemberhentian kerja dengan sebab kesihatan ahli-ahli;
  • Seseorang ahli kesatuan yang diberhentikan kerja oleh majikannya dengan sebab-sebab kesihatan akan dibayar faedah sebanyak RM400 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Sahaja )
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan dokumen pengesahan daripada majikan masing-masing dan surat sokongan pegawai perubatan di atas kesihatan ahli itu.
  • Seseorang ahli kesatuan layak mendapat faedah ini sebanyak sekali sahaja dan jika pernah menerima faedah ini tidaklah layak lagi menerima faedah bersara.
  1. Faedah pendidikan cemerlang anak-anak ahli.
  • Sumbangan pendidikan ini hendaklah dikeluarkan kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Seseorang pelajar layak mendapat faedah hanya sekali bagi sesuatu keputusan peperiksaan.
  • Sumbangan pendidikan ini hendaklah dihadiahkan setelah disahkan oleh pengawal pusat di dalam borang yang ditetapkan oleh Exco Jawatankuasa Kerja Kesatuan. Kadar Sumbangan Pendidikan :
  • SPM Keputusan 8A - RM150.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Puluh Sahaja)
  1. Faedah ditimpa bencana ahli-ahli
  • Seseorang ahli Kesatuan yang terlibat dengan bencana alam seperti yang dinyatakan akan menerima pembayaran faedah bencana sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ringgit Sahaja).
  • Bencana alam yang dimaksudkan:
    •  Banjir
    • Kebakaran
    • Puting Beliung
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan surat pengesahan mengenai bencana dihadapi yang dikeluarkan oleh ketua atau pemimpin di dalam komuniti ahli berkenaan.
  1. Faedah dijangkiti pandemik ahli-ahli
  • Seseorang ahli kesatuan yang telah dijangkiti dengan pandemik yang telah diistiharkan akan menerima pembayaran faedah bencana sebanyak RM 50.00 ( Ringgit Malasyia : Lima Puluh Sahaja).
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan pengesahan dijangkiti dengan pendemik yang melanda negara.

Hubungi Kami

Pejabat KPPM,

MARA Officers Union, (Bil Pendaftaran 95), Tingkat 2, Bangunan MARA, Jalan Raja Laut, 50609, Kuala Lumpur.

  • kppm@mara.gov.my

  • https://kppm.mara.gov.my

Search